Oleh,
Siti Fatimah Ahmad
Ab. Halim Tamuri
Pengajaran J-Qaf diajar oleh guru sekolah kebangsaan dan juga jenis kebangsaan yang mengambil pelajaran tersebut. J-Qaf bermulanya dari darjah satu hingga darjah enam. Untuk menarik minat dalam pengajaran J-Qaf guru-guru J-Qaf perlu menggunakan bahan bantu mengajar untu mengajar di dalam kelas.
Di Malaysia, era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan. Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) dalam konteks masyarakat berpengetahuan hari ini semakin meningkat, sejajar dengan perubahan dimensi dan inovasi dalam TMK. Ini dapat memajukan masyarakat Malaysia.
Penggunaan BBM berasaskan TMm dalam P&P dilihat amatlah efektik dan sesuai untuk dilaksanakan di sekolah bagi semua mata pelajaran. Penggunaan TMm perlu dilihat secara optimis dan dilaksanakan secara proaktif oleh guru untuk meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran.
Penggunaan BBM Berasaskan TMm Dalam Pengajaran.
Perkembangan semasa pendidikan negara menggambarkan peningkatan dan perubahan dalam aspek P&P guru yang perlu diperbaiki dan dimurnikan dari semasa ke semasa.
Beberapa kajian telah dilakukan untuk menunjukkan kepentingan penggunaan BBM berasaskan TMm. TmM dapat dikenal pasti ianya penting dalam P&P. Antara kajian tersebut ialah, diperolehi oleh Ab. Halim ( 2004 ) keberkesanan kaedah P&P pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar dari segi tahap kualiti BBM adalah berada pada aras sederhana rendah ( min=2.57 ). Manakala tiga elemen yang dikenal pasti sebagai min yang paling rendah iaitu penggunaan bahan rujukan atau sumber lain selain daripada buku teks sebagai BBM ( min=2/03 ), kesesuaian dengan aras hasil pembelajaran ( min=2.07 ) dan penggunaan teknologi terkini seperti komputer, LCD, dan OHP (min=2.11 )
Latar Belakang Masalah.
Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem teknologi pengajaran menjadi lebih efektif, menarik dan menyeronokkan dengan penggunannya akan menambah kualiti penyampaian guru.
Metedologi Kajian.
Kajian ini dapat melihat perbandingan perbezaan persepsi terhadap penggunaan BBM berasakan TMm dalam pengajaran guru J-Qaf berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan bidang pengkhususan. Secara khususnya kajian ini untuk:
1. Mengenal pasti persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasakan TMm dalam pengajar J-Qaf.
2. Perbezaan persepsi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru J-Qaf berdasarkan jantina.
3. Perbezaan persepsi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru J-Qaf berdasarkan lokasi sekolah.
4. Perbezaan persepsi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru J-Qaf berdasarkan bidang pengkhususan.
Perbandingan perbezaan persepsi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran berdasarkan jantina, lokasi sekolah, dan bidang pengkhususan guru J-Qaf.
1. Tidak mendapat perbezaan min yang signifikan antara persepsi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru J-Qaf berdasarkan jantina.
2.Tidak mendapat perbezaan min yang signifikan antara persepsi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru J-Qaf berdasarkan lokasi sekolah.
3. Tidak mendapat perbezaan min yang signifikan antara persepsi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru J-Qaf berdasarkan bidang pengkhususan.
Kesimpulan.
Kajian mendapati persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm secara puratanya adalah sangat tinggi. oleh itu, guru-guru J-Qaf perlu berusaha untuk meningkatkan kemahiran masing-masing agar pengajaran yang dilaksanakan bagi semua model-model program J-Qaf dapat menunjukkan keberkesanan.