Sunday, 11 January 2015

Ulasan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasakan WEB.

Oleh,

Rahimi Bin Md. Saad 
Zawawi Bin Ismail 
Wan Nordin Bin Wan Abdullah 


Pengajaran berasaskan WEb merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih baik. 

Bahasa Arab merupakan bahasa asing atau kedua yang semakin mendapat perhatian di Malaysia. Bahasa Arba jugak merupakan bahasa syurga. Banyak kelebihannya jika kita dapat menguasainya. Bahasa merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran. Ia amatlah penting kerana penghayatan al-Quran salah satu cara untuk memartabatkan diri seseorang dan ummahnya. 

Laman WEB

Pembelajaran melalui laman WEB ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai E-Pembelajaran. Merupakan kombinasi antara elemen pendidikan dan teknologi elektronik. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti pembelajaran secara terbuka dan bebas berdasarkan keinginan dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual atau menghadiri kelas yang ditetapkan.

Objektif Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Lawan WEB.

1) Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2) Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima.

3) Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajara.

4) Mengurangkan bebanan dan meningkatkan penjimatan masa guru dalam penyediaan BBM.

5) Membantu menyelesaikan penyapaian konsep yang abstrak secara lebih baik.

6) Menyediakan BBM yang relevan dengan teknologi hari ini.

Antara Contoh Laman Web Untuk Pengajaran.

1) Pembelajaran bahasa Arab melalui penghantar bahasa Arab.
  • schoolarabia.net
  • kids.al-islam-com
  • angelfire.com
2) Pembelajaran Bahasa Arab melalui penghantar bahasa Inggeris
  • Arabica2000.com
  • ukindia.com
  • language-learning.net
3) Pembelajaran bahasa Arab melalui penghantar bahasa Melayu.
  • aldakwah.org
  • arabacademy.com
Masalah dan Cabaran.

1) Infrastruktur yang terbatas.

2) Kemahiran yang terbatas.

3) Isi kandungan perisian.

Kesimpulan.

Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berasaskan Web ada kekurangan dan juga ada kelebihannya.
Pada era ini ramai yang menggunakan Web kerana mudah untuk dicari. Gunakan Web dengan sebaik yang mungkin.




No comments:

Post a Comment