Post 5 - Kelebihan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Dalam era globalisasi ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amatlah penting. Teknologi ini sudah menguasai global secara berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi dan dengan teknologi kita juga menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.
Guru-guru perlu mengetahui cara-cara menggunakan komputer kerana era ini semua menggunakan internet dan komputer. Selain itu, cikgu juga boleh buat sebagai Bahan Bantu Mengajar di dalam kelas.
Pelbagai kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, antaranya ialah :
- Meningkatkan minat pelajar.
- Pelajar lebih gembira.
- Meningkatkan tahap pembelajaran.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri.
- Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran menjadi lebih menarik.
- Dengan mudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan memori pelajar.
- Mudah pengajar dapat menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman pelajar.
- Pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar serta konsentasi.
- Penilaian dapat dilakukan selepas sesuatu aktiviti selesai dijalankan.
- Bahan dapat digunakan berulangkali.
- Bahan boleh digunakan di mana kaedah tradisional tidak dapat dijalankan.
- Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik, bunyi, audio dan video.
- Boleh disimpan dan mudah dibawa ke mana sahaja.
Rujukan.
- http://zaizak69.blogspot.com ( Blog Cikgu Zanafiah, Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi )
- http://www.elmoglobal.com/my/html/ict/01.aspx
- http://cilikhebat.blogspot.com/2012/03/pendidikan-teknologi-maklumat.
- atisan19.blogspot.com.
No comments:
Post a Comment